hi

welcome to my blog...have a nice look...and dont forget to follow....

Sunday, March 17, 2013

Tahajjud amalan yang murni

TAHAJJUD < 3
assalamualaikum wahai sahabat
hari ini sy nak berkonsi sedikit sebanyak mengenai solat tahajjud

sy nak share ilmu2 yg sy baca dr blog lain ...
moga dapat membantu sahabat2 sekalian...


Dalam satu hadis, Allah merahmati dan suka kepada orang yang solat tahajjud:Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya ;“Allah merahmati orang yang bangun pada waktu malam dan mengejutkan isterinya untuk sembahyang. Jika isterinya payah sedar ia merenjiskan air di wajahnya. Dan Allah merahmati isteri yang bangun waktu malam bersembahyang dan mengejutkan suaminya (agar beribadah). Jika suaminya enggan (liat) untuk bangun maka ia merenjiskan air diwajahnya.” (Riwayat Abu Daud)


Kerjasama suami-isteri seperti ini ini mampu membentuk keluarga dan masyarakat yang baik.Di dalam hadis yang lain, solat tahajjud adalah budaya orang soleh:Dari Ummah Al-Bahili dari Rasulullah SAW: “Hendaklah kamu melazimkan (qiamulail) sembahyang malam. Sebab itu adalah amalan orang-orang soleh sebelum kamu. Ia menghampirkan kamu dengan tuhan, menebus keburukan (kamu) dan mencegah dari melakukan dosa.” ( Riwayat At-Tarmizi )

Dalam riwayat Salman Farisi ditambah lagi dengan faedah lain iaitu, “ia dapat menghilang penyakit dari dalam tubuh.” – ( Riwayat At-Tabrani )
Imam Syafie mengharuskan solat tahajjud secara berjemaah. Manakala Imam Hanafi mengatakan solat tahajjud itu dilakukan secara individu.


Kelebihan (Keutamaan) Sholat Tahajud
Berdasarkan hadis Rasulullah SAW, solat tahajud memiliki 9 kelebihan, iaitu 5 kelebihan di dunia dan 4 kelbihan di akhirat kelak. Hadis yang menjelaskan kelebihan solat tahajud adalah: “Barang siapa mengerjakan Solat Tahajud dengan sebaik-baiknya, dan dengan tata- tertib yang rapi, maka Allah SWT akan memberikan 9 macam kemuliaan : 5 macam di dunia dan 4 macam di akhirat.”
Adapun 5 kelebihan solat tahajud di dunia adalah:

  • Akan dipelihara oleh Allah SWT dari segala macam bencana.
  • Tanda ketaatannya akan kelihatan dimukanya.
  • Akan dicintai para hamba Allah yang soleh dan dicintai oleh semua manusia.
  • Lidahnya akan mampu mengucapkan kata-kata yang mengandung hikmah.
  • Akan dijadikan orang bijaksana, yakni diberi pemahaman dalam agama.
Adapun 4 kelebihan di akhirat kelak adalah:
  • Wajahnya berseri ketika bangkit dari kubur di Hari Pembalasan nanti.
  • Akan mendapat keringanan ketika dihisab.
  • Ketika menyeberangi titian Shirotol-Mustaqim, boleh melakukannya dengan sangat cepat, seperti halilintar yang menyambar.
  • Catatan amalnya diberikan di tangan kanan.
Setelah selesai mengerjakan Solat Tahajjud, perbanyakanlah membaca istigfar dan zikir kepada Allah kemudian berdoa sesuai dengan keinginan kita. Mudah-mudahan hidup kita sentiasa beroleh keberkatan dan keredhoan selain dikabulkan cita-cita.Ayuh... Marilah kita melakukannya.

Wallahu a'lam

No comments:

happy

happy

jamboree

jamboree
-bersama kontijen lain-

bersukaria di pantai ..waktu petang...

jamboree terengganu international 2011

jamboree terengganu international 2011
bergembira bersama sama di pantai sehari sebelum pulang..

di pasar payang

di pasar payang
-muadz-syed aiman-syafiq-anwar-azam-akmal-fahim-